|
KHABAR PEMERGIAN
Tersentakku dari lamunan
mendengarkan satu perkhabaran
sahabat yang amat ku sanjungi
telah pergi untuk selamanya
sebak rasa hatiku
tak tertahan lagi kesedihan
kucuba tabahkan diriku
namun air mata jatuh berlinangan
hadirmu disambut dengan senyuman
pergimu ku iringi tangisan
ku relakan pemergian mu
kerana Tuhan lebih menyayangi
dirimu oh teman
Tak mungkin ku lupakan
wajah riangmu penuh kemesraan
kita terpaksa berpisah di dunia yang fana
ku harap kau kan tenang di sana..
(aphique, 12/6/09, 0120)
3 comments:
semoga bertemu semula di syurgaNya yang abadi~
sedih aku dgr lagu ko ni fiq..ko mesti teringat time2 ko pergi menembak sama2 dgn ammar kan?
hm~lawa susunan lagu..mesti ko baru wat semalam kan?
jumpe lagi,ammar!
Waa~ best la lagu ni..
Berbangge jadi ahli dorm lame.. =P
Post a Comment